Nuffnang ads

Sunday, February 27, 2022

Kantan Merah , herba rempah berbunga menawan

Kantan Merah , herba rempah berbunga menawan


Nama Tempatan: Kantan Merah
Nama Saintifik: Etlingera elatior
synonyms :Phaeomeria speciosa
Nama Lain: Ginger flower
Famili: Zingiberaceae

Kantan diklasifikasikan sebagai Rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam di halaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui dua cara iaitu pecahan rizom (anak) dan biji benih. Namun pembiakan melalui biji benih agak jarang dan sukar dilakukan. Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamanya untuk laksa dan masakan asam pedas. Buahnya boleh digunakan untuk menghasilkan rasa masam dalam masakan seperti gulai ikan menggantikan asam keping atau asam jawa
KEGUNAAN:
Bunganya boleh mengawet muda. Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk. Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali. Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga.

Terdapat beberapa jenis kantan yang biasa ditanam di Malaysia. Jenis yang paling biasa ialah kantan berbunga merah jambu ( pucat dan tua) . Kantan yang biasa digunakan dalam masakan ialah jenis kantan ini. Kantan putih dan merah darah juga ada ditanam tetapi lebih jarang dijumpai. Kantan putih dan merah darah di ketegorikan dalam kumpulan tumbuhan eksotik dan menjadi buruan peminat pokok eksotik(rare). Ia lebih banyak ditanam kerana fungsia hiasan dan perubatannya berbanding untuk masakan

Kantan dibiakkan melalui pecahan rizom( kaedah biasa) dan biji benih (jarang digunakan). Ia tumbuh subur ditempat bertanah lembab. Tidak boleh ditanam dalam medium yang menakung air kerana rizomnya mudah rosak jika terendam air.



Thursday, August 15, 2019

Ulam sedap tiada nama

Hari ini seorang kawan  hantar satu gambar yang kini diviralkan di  media sosial , kononnya boleh mematikan sel kanser dalam masa 16 jam. Artikel dan gambar yang diviralkan itu sangat tidak selari kerana artikel bercerita tentang artemisia annua, sejenis tumbuhan artemisia(mugwort) dari iklim temperat manakala gambar menunjukkan gynura crepedioides, sejenis tumbuhan yang biasa dipanggil sambung nyawa. Kebanyakan tumbuhan dari genus gynura ini boleh dijadikan ulam. Berikut adalah koleksi tumbuhan gynura yang ada dalam koleksi saya. 





melur nursery tour


A Short tour in Melur nursery (Kota bharu site)

Thursday, November 22, 2018

Pemanis asli tamadun Aztec - Phyla dulcis

Saya telah memiliki tumbuhan ini selama lebih dari 6 bulan sebelum mengetahui namanya. Pencarian nama menggunakan aplikasi PictureThis and PlantSnap berkali-kali kali dari pelbagai sudut juga gagal menemukan jawapan yang memuaskan untuk pokok ini. Padanan paling dekat yang dijumpai ialah American Cornmint yang sama-sekali tidak menepati ciri-ciri tumbuhan ini. Penjual tumbuhan ini memanggilnya dengan nama Ros Stevia , berkemungkinan  kerana sifat daunnya yang manis seperti stevia. Beberapa kali mencuba akhirnya saya terlupa kerana kesibukan.

Beberapa hari lepas ketika bekerja di nurseri Melurdotcom kerana pembantu-pembantu bercuti Maulidurrasul , saya bertemu dengan seorang cikgu yang begitu tertarik dengan pokok yang hanya ada sepasu besar di nurseri saya. Beliau berjaya membuat saya berjanji membuat anak benih kerana saya tidak mahu  menjual pokok yang hanya sepasu itu. Untuk memberitahu pembantu nurseri menyemainya saya perlu tahu nama dan bagaimana cara terbaik untuk menjaga pokok yang tidak dikenali sebelum ini.


Alhamdulillah ini hari bertuah saya. Pencarian google image  saya membawa saya kepada tumbuhan ini yang dikenali dengan nama botaninya Phyla dulcis atau sinonimnya Lippia dulcis.


Nama Botani; : Phyla Dulcis /Lippia Dulcis
Keluarga: Verbanaceae
Nama Lain: Aztec Sweet Leaves, Bushy Lippia, honeyherb, hierbia dulce,Mexican lipia, sweet mint, Dushi button,

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang telah lama digunakan dalam sejarah manusia. Ia digunakan oleh masyarakat Mayan , Tamadun Aztec di Mexico. Tumbuhan yang berasal dari Mexico , kepulauan karibian, Amerika tengah, Colombia dan Venezuela  ini mengandungi sejenis sebatian yang menghasilkan rasa manis pada daunnya. Sebatian ini dinamakan hernandulcin  yang ditemui pada tahun 1985. Sebatian ini dinamakan hernadulcin mengambil sempena nama seorang doktor Sepanyol bernama Fransisco Hernandez yang mula menghuraikan tentang tumbuhan ini pada abad ke 16. Daun yang manis ini bagaimanapun mengandungi sebatian kapur barus yang mempunyai rasa sedikit pahit. Kapur barus agak toksid jika diambil dalam kuantiti yang banyak terutamanya kepada binatang dan kanak-kanak. Daun  ini digunakan secara segar dan kering.

Ketinggiannya pada habitat asal boleh mencapai antara 4 hingga 6 meter. Namun di negara kita ketinggian biasa dijumpai kurang dari 1 meter sebelum ia rebah dan menjadi tumbuhan yang menjalar seperti kaduk. Ia memerlukan tanah poros dan bersaliran baik. Akarnya akan buruk jika terendam dalam air. Daunnya berwarna hijau gelap dan boleh bertukar menjadi keunguan  jika terdedah pada matahari yang terik. Panjang daun lebih kurang 1- 4 cm berbentuk bujur telur dengan bahagian tepi yang bergerigis. Batangnya berwarna agak kemerahan jika terdedah pada cahaya matahari yang terik. Bunganya berwarna putih dan berbentuk oblong.Ia membiak melalui kaedah keratan batang dan biji benih.



Kegunaan :

Masyarakat aztec menggunakan tumbuhan ini sebagai pemanis semulajadi, herba perubatan untuk mengubati batuk dan bronkitis.Ia digunakan sebagai pemanis gantian untuk pesakit kencing manis , juga sebagai herba perubatan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Kegunaan lain untuk menurunkan tekanan darah tinggi, merawat masaalah pencernaan Ia juga boleh dimakan untuk mengurangkan ketagihan gula. Boleh di campur ke dalam salad buah dan masakan sebagai pemanis semulajadi. kandungan kapur barus dalam daunnya menyebabkan ia tidak digalakkan dimakan  dengan terlampau banyak seperti sayuran. Gunakan hanya beberapa helai daun untuh teh dan masakan. Ia sesuai dimasukkan ke dalam masakan seperti kari daging menggantikan gula kerana aromanya.


Bunganya dijual secara komersial dengan nama dushi atau dulce.Bunganya , kering atau segar digunakan sebagai pemanis salad dan aiskrim. Antara bunga yang boleh dimakan.



Kombinasi paling menarik adalah bunga ini dan kopi.Sekuntum bunga sudah lebih memadai untuk memaniskan secawan kopi. Bunga ini juga dijadikan hiasan makanan manis seperti coklat, kek dan aiskrim.



Penafian:
Maklumat ini disiarkan adalah untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba. Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, organisasi atau e-group.


1.Website: https://www.melur.com

2. Store Lazada kami https://www.lazada.com.my/shop/melurcom

3. Store shopee kami https://shopee.com.my/anoraida
4. Lokasi GPS Nurseri : https://goo.gl/maps/V2v5zgYj51w
5. Facebook: https://www.facebook.com/messages/t/melurdotcom

Sunday, August 19, 2018

Semuluh ubat penyakit kudis buta

Penyakit kudis buta selalunya disebabkan oleh hama yang terdapat dalam tanah. Kudis buta ini boleh pula berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain melalui sentuhan. Rawatan moden terhadap kudis buta ini selalunya menggunakan ubatan seperti permethrin, malathion  dan gamma benzene hexachloride (lindane).


Ada satu tumbuhan yang berkesan merawat penyakit kudis buta dan kegatalan yang disebabkan oleh hama ini. Tumbuhan ini telah lama digunakan secara tradisional terutamanya oleh kaum cina. Pokok yang dimaksudkan ialah pokok semuluh, atau nama botaninya  Polygonum Chinense. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah creeping smartweed(English), chinese knotweed(English), 火炭母(cina),  Actalaree, Sivappu Kumbakodaali (tamil)cara penggunaan untuk merawat kudis buta ialah dengan merebus seluruh pokok semuluh yang telah dicuci bersih. Didihkan seketika setlah itu air dibiarkan suam. Air yang suam digunakan untuk membasuh bahagian yang dijangkiti kudis buta.

Air rebusan tadi boleh juga digunakan dengan kaedah yang sama untuk merawat ruam gatal, panau , ulser. juga untuk merawat bisa gigitan haiwan dan serangga(dinasihakan dapatkan rawatan hospital juga untuk gigitan yang boleh membawa maut seperti gigitan ular).Air rebusan juga selamat diminum untuk mengatasi masalah cirit-birit. Disamping itu ia dapat membersihkan darah dan menghilangkan sakit kepala.Ia juga dapat membantu meningkatkan pengelihatan.

kosmo :http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_04.htm


Ulam Beluntas Berkhasiat Rangup Menyelerakan

Beluntas merupakan sejenis ulaman yang agak kurang popular di Malaysia, cuma terdapat disesetengah tempat. Ia lebih popular dikalangan masyarakat melayu indonesia. Ia juga dikenali di Malaysia sebagai beluntas paya kerana habitat asalnya yang selalu dijumpai tumbuh di kawasan paya.


Nama Vernakular: 
Beluntas

Nama Botani :
Pluchea indica

Nama lain: 
Indian marsh fleabane, Indian camphorweed,  Indian fleabane, Indian pluchea, baluntas

Beluntas merupakan sejenis pokok renek yang boleh mencapai ketinggian maksimum hingga 2 meter. Pucuk beluntas rangup, rasanya sedikit masam dan berbau harum menyelerakan.

sedap dijadikan campuran ulam dalam nasi kerabu dan nasi ulam. Beluntas boleh dimakan bagi merawat penyakit keputihan bagi wanita, disentri, haid tidak menentu, nafas berbau, peluh berbau, badan berbau, sakit urat pinggang, sengal-sengal, sakit sendi (reumatisme), sakit otot, dan ulser. Ia juga boleh dimakan untuk awet muda dan bagi orang yang kurang berpeluh

Boleh ditanam dikawasan yang menerima cahaya matahari penuh dan juga separa (dibawah naungan)











Beli pokok beluntas di : https://www.melur.com/product/anak-benih-beluntas/


Monday, July 30, 2018

Mengenal Varieti Durian - D160

Durian D160 di kenali dengan nama durian buluh bawah , durian tekka, musang queen, chok kiok, green bamboo . Ia berasal dari Banting , selangor .didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua, di Jabatan Pertanian pada 1987.  Pada bulan Disember 2015, durian ini telah dijenamakan semula dengan nama "Musang Queen" sebagai pasangan kepada durian Musang King( D197).

Ciri unik pada durian ini ialah bentuknya yang hampir menyerupai bentuk hati,
Buahnya bulat lonjong, kembang di atas dan kuncup di bawah. Terdapat lekukan pada setiap pangsanya. Ulasnya besar dan bijinya sederhana besar , empulurnya berongga. Isinya tebal , berwarna kuning oren, aromanya kuat  dan rasanya sedikit pahit dan lemak. saiz buahnya sederhana besar dengan lingkungan berat di antara1.5 hingga 3kg setiap biji.

Bagi penggemar durian pastinya tidak mahu melepaskan peluang merasa durian dengan rasa yang unik dan sedap sehingga digandingkan sebagai permaisuri kepada raja durian kunyit iaitu musang king.

Jika anda mencari benih durian Musang Queen dapatinya di sini :
https://www.melur.com/product/anak-pokok-durian-musang-queen-d160-kahwin/