Nuffnang ads

Saturday, January 20, 2018

Damiana- rumput berguna yang kita abaikan


Pelik pulak menyebut nama damiana pada tumbuhan yang selalunya kita panggil dengan nama pokok lidah kucing kuning  dengan nama komersialnya. Damiana merupakan nama panggilan kepada sejenis tumbuhan dari keluarga asteraceae. sebelum itu kita tengok dulu pokok-pokok lain yang seakan-akan sama dengan pokok damiana ini, malah berada dalam  genus yang sama cuma spesis sahaja berbeza.



Turnera ulmifolia "alba"

Di Malaysia pokok lidah kucing (turnera) dijumpai mempunya 3 jenis bunga, Paling senang dijumpai tumbuh liar yang bunganya berwarna putih dengan bahagia tengah berwarna hitam. nama saintifik bagi pokok ini ialah Turnera ulmifolia "alba". Banyak terdapat dipadang-padang yang tanahnya agak berpasir. Bunga ini ada kenangannya sendiri untuk saya. Baru sahaja 2 minggu menyambut hari jadi ke 12, saya masuk tingkatan satu dan telah memulakan kehidupan berjauhan dari ibu bapa di asrama. Petang-petang sewaktu game hours saya selalu berlari-lari memetik bunga-bunga ini yang banyak tumbuh subur dipinggir padang dan sengaja tidak dimesin mungkin kerana kecantikannya. Ia membantu saya menghilangkan homesick pada kampung halaman dan sawah bendang serta padang tempat bermain. Ini gambar bunga lidah kucing yang saya ceritakan itu. Ini sebahagian dari koleksi lidah kucing yang pernah saya tanam dengan banyaknya dihalaman rumah saya suatu ketika dahulu.

Tumbuhan ini seringkali disalahgunakan secara sengaja atau tidak sengaja sebagai damiana kerana ciri-ciri luaran yang hampir menyamai damiana. Ia juga dikenali dengan nama lain sebagai "False Damiana". walaupun ciri luarannya hampir sama kandungan kimia kedua-dua tumbuhan ini amat berbeza. Ciri lain yang membezakan 2 spesis ini ialah batang damiana dari jenis berkayu manakala lidah kucing mempunyai batang jenis lembut(herba). Lidah kucing kurang beraroma dari damiana.


Related image
Turnera subulata

Sejenis lagi yang biasa kita jumpai berbunga kuning dengan bahagian tengahnya berwarna hitam. Ia dikenali dengan nama saintifiknya Turnera subulata. Pinjam gambar encik google dulu sementara nak ambik gambar kat nurseri pagi nanti. Harap-harap ada yang kembang hari ni. Bunga yang ni juga dikenali dengan nama cuban buttercup. katanya banyak tumbuh di kebun-kebun kelapa sawit. Kalau ditempat saya tinggal sekarang ini, selalu juga jumpa tumbuh liar dalam rumput di padang-padang yang berpasir. Habitatnya sama dengan kemunting cina. Bunganya sama dengan lidah kucing berbunga putih cuma warnanya kuning terang.

Juga sering disalah anggap sebagai damiana.


Turnera diffusa 


Ini adala damiana yang sebenar. Jenis ketiga  ini agak kurang dijumpai tumbuh liar. Bunganya keseluruhannya berwarna kuning. Daunnya pula lebih  gelap berbanding dengan jenis lain. permukaan daun juga berkilat. Rupanya pokok ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan dikenali dengan nama komersialnya Damiana. Bunganya lebih kecil berbanding dengan bunga turnera jenis lain. Keseluruhan pokok ini diekstrak  untuk menghasilkan Damiana Essential Oil. Ia mempunyai kesan memenangkan sama seperti camomile.Juga bertindak sebagai afrodisiak. Ia digunakan dalam tradisi masyarakat Maya  di Mexico lama sebagai perangsang seks untuk lelaki dan wanita. 

Daunnya yang dikeringkan dijadikan  minuman sebagai teh(dipanggil tisane) atau dihisap seperti rokok. ekstraknya juga tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair. secara tradisinya ia digunakan oleh wanita asli di mexico sebagai campuran dalam arak(tequila) dan digunakan sebagai tonik untuk merangsang seks. Satu kajian klinikal yang dilakukan keatas 1000 lelaki di Amerika Syarikat dan Eropah mendapati ia meningkatkan tenaga seksual bagi lelaki. Sedikit info yang saya petik dari journal online di Sciencedirect:

"Furthermore, an animal-based study was conducted in an effort to validate the traditional use of the plant for sexual dysfunction and impotence. A group of researchers in Italy administered a hydroalcoholic extract from the leaves of T. diffusa to sexually potent and sexually inactive or impotent rats (Arletti et al., 1999). This intervention study demonstrated that the extract had no effect on sexually potent rats but did improve the copulatory performance of the sexually inactive or impotent rats and increased the percentage of rats achieving ejaculation (Arletti et al., 1999).

Overall, however, scientific evidence that supports damiana’s so-called aphrodisiac properties is lacking; these properties have not been demonstrated in humans. However, studies evaluating damiana’s efficacy in male rats has indicated an improved sexual function (Edwards et al., 2015), making this botanical worthy of further research to better understand its use as a potential remedy for sexual dysfunction in aging humans." (https://www.sciencedirect.com/topics/agricultural-and-biological-sciences/turnera-diffusa.)

Terjemahan:
satu kajian telah dilakukan terhadap haiwan untuk mengesahkan penggunaan tradisional damiana sebagai ubat untuk masalah seksual dan matipucuk. Sekumpulan pengkaji dari itali telah memberikan ekstrak daun T.diffusa kepada tikus normal dan tikus yang mati pucuk(Arletti et al., 1999). Kajian menunjukkan ekstrak itu tidak mendatangkan kesan keatas tikus normal tetapi meningkatkan keupayaan seksual pada tikus yang mati pucuk(Arletti et al., 1999).

Secara keseluruhannya , bukti saintifik yang menyokong damiana sebagai perangsang seksual masih kurang. Kajian tidak dilakukan keatas manusia lagi. Walaupbagaimanapun kajian menunjukkan peningkatan keupayaan seksual pada tikus jantan selepas diberikan ekstrak damiana(Edwards et al., 2015). Adalah berbaloi untuk kajian selanjutnya dilakukan untuk memahami kegunaan damiana sebagai ubat untuk meningkatkan fungsi seksual pada manusia yang meningkat usia"

Semua pokok turnera menjadi kegemaran serangga penghisap madu seperti lebah dan kelulut.



No comments: