Nuffnang ads

Wednesday, July 04, 2018

Tarragon - Rempah inggeris

Tarragon atau nama saintifiknya Artemisia dracunculus merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga bunga matahari , Asteraceae. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu estragon. Tarragon ditanam kerana kegunaan masakan dan perubatannya.

Tarragon merupakan rempah wajib dalam masakan preancis. French tarragon , merupakan variasi tarragon yang digunakan dalam masakan. Baunya menyerupai bau jintan manis.


Tarragon banyak digunakan dalam masakan ayam, ikan dan telur. Di Barat tarragon segar direndam dalam cuka untuk menghasilkan cuka tarragon. Digunakan juga sebagai perasa minuman berkarbonat yang  popular di negara-negara seperti Armenia, Azerbaijan, Georgia and, by extension, Russia, Ukraine and Kazakhstan. Minuman ini dikenali dengan nama tarhun. di negara Iran, ia digunakan sebagai penambah perisa dalam jeruk, seperti jeruk timun dan lain-lain lagi.
Pokok tarragon hasil semaian pucuk berusia lebih kurang 2 bulan

Kesihatan dan perubatan 

Dari segi kesihatan dan perubatan pula, kegunaan taraggon menyamai kegunaan jintan manis. Rekod pertama mengenai tarragon yang menjumpai menunjukkan tarragon telah digunakan seawal 600 tahun yang lalu. Ia mula diperkenalkan di Itali pada pada kurun ke 10 , hasil dari penaklukan bangsa mongol ke atas itali. Rekod menunjukkan bangsa mongol menggunakan tarragon sebagai ubat untuk mendapatkan tidur yang lena, penyegar nafas dan rempah masakan. Antara kegunaan perubatan tarragon ialah:

  • Sebagai penahan sakit- mengunyah tarragon , dapat melegakan kesakitan dalam mulut dan sakit gigi. untuk kelegaan sakit bahagian lain, tarragon boleh diminum sebagai teh
  • minum teh tarragon dapat membantu menanngani masalah insomnia.
  • Menambah selera makan. Tarragon boleh diambil sebagai salad atau ulam.
  • Kelegaan ketika haid.
  • Menangani masalah penghadaman
  • mengelakkan penyakit jantung kerana tarragon dapat menghalang pembekuan platlet yang menjadi penyebab serangan jantung.
Kegunaan mudah tarragon dalam masakan
  • cincang tarragon halus-halus dan tabur dalam salad kegemaran anda
  • tabur atas telur kegemaran anda
  • tabur atas makanan laut kegemaran
  • tabur tarragon atas ayam sebelum dipanggang
  • Tambah pada sos kegemaran anda untuk dapatkan rasa yang berbeza.

Thursday, May 31, 2018

Rumput Beijing

Rumput Beijing / Rumput aur/ Rumput cina / Rumput siti khadijah


Nama Tempatan: Rumput BeijingNama Saintifik: Murdania bracteataNama Lain: Beijing grass, Pak-king grassFamili: Commelinaceae


- digunakan dalam merawat psoriasis, sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh auto imune tubuh kita sendiri. Ia adalah sejenis penyakit genetik.


- digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang


- digunakan sebagai penahan sakit (pain killer ) semula jadi dikalangan pesakit kanser


- digunakan juga untuk mengurangkan sakit senggugut( menstrual pain)




sumber www.melur.com






Kerana ramai yang bertanya di mana nak beli saya tambah info ni:
1. beli di Nurseri melurdotcom : https://goo.gl/maps/V2v5zgYj51w
ATAU
2. Beli secara online dari: http://www.melur.com/product/rumput-beijing/
ATAU
3. Beli dari kedai LAZADA Nurseri Melurdotcom:
ATAU 
4. hantar mesej kepada
ATAU

Wednesday, March 28, 2018

Azola - tumbuhan sarat dengan zat

Azolla


Nama verbakular: Azola
Nama Saintifik: Azolla caroliniana
Keluarga: Salviniaceae
Nama lain: mosquito fern, kiyambang, mata lele,

Satu genus yang mengandungi 7 spesies paku-pakis air. Rupabentuk tumbuhan ini bukan seperti paku pakis biasa yang kita jumpai di daratan sebaliknya lebih menyerupai pokok sudu itik yang biasa kita jumpai memenuhi permukaan air.Azola adalah tumbuhan yang sangat produktif.Ia boleh menggandakan populasinya dalam masa 3 hingga 10 hari.
Azolla carolianiana


Azola kaya dengan protein, asid amino , vitamin dan mineral. Telah menjadi amalan tradisional semenjak ribuan tahun lalu di negara seperti China menjadikan azola sebagai tumbuhan yang dilepaskan dalam air di sawah padi.Ia berfungsi sebagai baja bio yang membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok padi selain dapat menutup permukaan air untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.

Azola merupakan sumber makan yang berkhasiat untuk ternakan seperti ayam, itik dan ikan air tawar.Terdapat peningkatan pengeluaran telur untuk ayam yang diberikan azola sebagai makanan.Azola boleh menjadi serbuk dan dijadikan pelet  atau diberikan secara segar kepada ternakan.Ia mengandungi protein sekitar 30% yang amat sesuai untuk pembesaran ikan seperti ikan keli, sepat, talapia dan ikan-ikan air tawar yang lain.

Selain itu Azola juga digunakan sebagai sungkupan pada pokok untuk mengelakkan pertumbuan rumpai.
Cara membiakkan azola
Pembiakan mudah azola. sumber : http://bibitazolla.com/bibit-azolla-untuk-pakan-ikan/





Tuesday, January 30, 2018

Tumbuhan penapis udara: Sirih puteri/money plant

Allah menjadikan alam ini lengkap dengan kepelbagaian flora dan faunanya. Udara dan alam  kini rosak dan tercemar  natijah perbuatan manusia yang melampau sebagaimana Firmannya dalam surah Al-Rum ayat 41:
Udara tercemar akibat dari banyak punca seperti asap kilang, asap kenderaan, sisa kimia dan yang paling dekat dengan kita ialah asap rokok. Sesuai dengan sikap manusia yang suka mencemar dan merosakkan ini Allah menjadikan sesetengah tumbuhan ini mempunyai nilainya yang tersendiri untuk menapis udara. Antara tumbuhan itu ialah sirih puteri atau lebih biasa kita kenali sebagai "money plant"

Nama tempatan ; Sirih puteri
Nama lain:  Money plant, devil's ivy,
Nama botani: Epipremnum aureum
Keluarga : Araceae

Terdapat pelbagai jenis kultivar pokok ini yang terdapat dipasaran. Anatara yang ada dalam simpanan saya ialah



"Jade"


njoy


"Marble queen'


Bagaimana tumbuhan ini dapat menapis udara?

Ramai yang tak tahu udara di dalam kediaman kita rupanya lima kali lebih tercemar dari udara diluar. Selama ini kita menganggap udara di dalam rumah kurang tercemar dari diluar. Cara paling mudah dan tidak mahal untuk menapis udara di dalam rumah ialah dengan menyimpan tumbuh-tumbuhan yang telah dikenal pasti dapat menapis udara. Kalau rumah kita dicat menggunakan cat sintetik (kebanyakan cat adalah sintetik) atau ada permaidani, tumbuhan paling sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah. Ini kerana sirih puteri mempunyai  kecenderungan untuk menarik VOCs (Volatile organic compound) yang terdapat dalam udara rumah kita. VOCs ialah sejenis sebatian organik yang mudah bertukar menjadi habuk dan gas.

Nota: Jika ada anak kecil atau haiwan peliharaan dirumah , tempatkan sirih puteri ditempat yang tidak mudah dicapai kerana daun tumbuhan ini mengandungi toksid jika dimakan.

Beli sirih puteri di lazada :
jenis Jade 
jenis njoy
jenis marble queen/ white marble

Atau terus beli dari website kami www.melur.com 


Monday, January 29, 2018

Ekor kucing merah


Nama Tempatan: Pokok Ekor Kucing Merah
Nama Botani: Acalypha hispida
Nama Lain: Chenille plant, Philippine medusa, red hot cat's tail, fox's tail, Rabo de gato (Portugis), 
Keluarga: Euphorbiaceae
Sub-Keluarga: Acalyphinae
Genus : Acalypha



Penerangan:

Pokok hiasan ini ditanam kerana bunganya yang unik dan berwarna menarik. Ia berasal dari bahagian Asia tropika , iaitu di kawasan kepulauan Nusantara dan Papua. Biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan di halaman rumah , juga menjadi tumbuhan lanskap yang menarik untuk taman-taman awam. Ia boleh ditanam diluar rumah dan juga sesuai ditanam sebagai tumbuhan hiasan dalam rumah. Pada iklim yang sesuai seperti iklim khatulistiwa dan tropika, ia boleh mengeluarkan bunga sepanjang tahun.

Pokok ekor kucing boleh dibanyakkan dengan semaian biji benih dan keratan batang. Iklim yang paling sesuai iala iklim tropika.Pemangkasan dilakukan selalu untuk mendapatkan bentuk yang rimbun dan bunga yang banyak.

Sumber: FB Katalog Nurseri Malaysia

Saturday, January 20, 2018

Damiana- rumput berguna yang kita abaikan


Pelik pulak menyebut nama damiana pada tumbuhan yang selalunya kita panggil dengan nama pokok lidah kucing kuning  dengan nama komersialnya. Damiana merupakan nama panggilan kepada sejenis tumbuhan dari keluarga asteraceae. sebelum itu kita tengok dulu pokok-pokok lain yang seakan-akan sama dengan pokok damiana ini, malah berada dalam  genus yang sama cuma spesis sahaja berbeza.



Turnera ulmifolia "alba"

Di Malaysia pokok lidah kucing (turnera) dijumpai mempunya 3 jenis bunga, Paling senang dijumpai tumbuh liar yang bunganya berwarna putih dengan bahagia tengah berwarna hitam. nama saintifik bagi pokok ini ialah Turnera ulmifolia "alba". Banyak terdapat dipadang-padang yang tanahnya agak berpasir. Bunga ini ada kenangannya sendiri untuk saya. Baru sahaja 2 minggu menyambut hari jadi ke 12, saya masuk tingkatan satu dan telah memulakan kehidupan berjauhan dari ibu bapa di asrama. Petang-petang sewaktu game hours saya selalu berlari-lari memetik bunga-bunga ini yang banyak tumbuh subur dipinggir padang dan sengaja tidak dimesin mungkin kerana kecantikannya. Ia membantu saya menghilangkan homesick pada kampung halaman dan sawah bendang serta padang tempat bermain. Ini gambar bunga lidah kucing yang saya ceritakan itu. Ini sebahagian dari koleksi lidah kucing yang pernah saya tanam dengan banyaknya dihalaman rumah saya suatu ketika dahulu.

Tumbuhan ini seringkali disalahgunakan secara sengaja atau tidak sengaja sebagai damiana kerana ciri-ciri luaran yang hampir menyamai damiana. Ia juga dikenali dengan nama lain sebagai "False Damiana". walaupun ciri luarannya hampir sama kandungan kimia kedua-dua tumbuhan ini amat berbeza. Ciri lain yang membezakan 2 spesis ini ialah batang damiana dari jenis berkayu manakala lidah kucing mempunyai batang jenis lembut(herba). Lidah kucing kurang beraroma dari damiana.


Related image
Turnera subulata

Sejenis lagi yang biasa kita jumpai berbunga kuning dengan bahagian tengahnya berwarna hitam. Ia dikenali dengan nama saintifiknya Turnera subulata. Pinjam gambar encik google dulu sementara nak ambik gambar kat nurseri pagi nanti. Harap-harap ada yang kembang hari ni. Bunga yang ni juga dikenali dengan nama cuban buttercup. katanya banyak tumbuh di kebun-kebun kelapa sawit. Kalau ditempat saya tinggal sekarang ini, selalu juga jumpa tumbuh liar dalam rumput di padang-padang yang berpasir. Habitatnya sama dengan kemunting cina. Bunganya sama dengan lidah kucing berbunga putih cuma warnanya kuning terang.

Juga sering disalah anggap sebagai damiana.


Turnera diffusa 


Ini adala damiana yang sebenar. Jenis ketiga  ini agak kurang dijumpai tumbuh liar. Bunganya keseluruhannya berwarna kuning. Daunnya pula lebih  gelap berbanding dengan jenis lain. permukaan daun juga berkilat. Rupanya pokok ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan dikenali dengan nama komersialnya Damiana. Bunganya lebih kecil berbanding dengan bunga turnera jenis lain. Keseluruhan pokok ini diekstrak  untuk menghasilkan Damiana Essential Oil. Ia mempunyai kesan memenangkan sama seperti camomile.Juga bertindak sebagai afrodisiak. Ia digunakan dalam tradisi masyarakat Maya  di Mexico lama sebagai perangsang seks untuk lelaki dan wanita. 

Daunnya yang dikeringkan dijadikan  minuman sebagai teh(dipanggil tisane) atau dihisap seperti rokok. ekstraknya juga tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair. secara tradisinya ia digunakan oleh wanita asli di mexico sebagai campuran dalam arak(tequila) dan digunakan sebagai tonik untuk merangsang seks. Satu kajian klinikal yang dilakukan keatas 1000 lelaki di Amerika Syarikat dan Eropah mendapati ia meningkatkan tenaga seksual bagi lelaki. Sedikit info yang saya petik dari journal online di Sciencedirect:

"Furthermore, an animal-based study was conducted in an effort to validate the traditional use of the plant for sexual dysfunction and impotence. A group of researchers in Italy administered a hydroalcoholic extract from the leaves of T. diffusa to sexually potent and sexually inactive or impotent rats (Arletti et al., 1999). This intervention study demonstrated that the extract had no effect on sexually potent rats but did improve the copulatory performance of the sexually inactive or impotent rats and increased the percentage of rats achieving ejaculation (Arletti et al., 1999).

Overall, however, scientific evidence that supports damiana’s so-called aphrodisiac properties is lacking; these properties have not been demonstrated in humans. However, studies evaluating damiana’s efficacy in male rats has indicated an improved sexual function (Edwards et al., 2015), making this botanical worthy of further research to better understand its use as a potential remedy for sexual dysfunction in aging humans." (https://www.sciencedirect.com/topics/agricultural-and-biological-sciences/turnera-diffusa.)

Terjemahan:
satu kajian telah dilakukan terhadap haiwan untuk mengesahkan penggunaan tradisional damiana sebagai ubat untuk masalah seksual dan matipucuk. Sekumpulan pengkaji dari itali telah memberikan ekstrak daun T.diffusa kepada tikus normal dan tikus yang mati pucuk(Arletti et al., 1999). Kajian menunjukkan ekstrak itu tidak mendatangkan kesan keatas tikus normal tetapi meningkatkan keupayaan seksual pada tikus yang mati pucuk(Arletti et al., 1999).

Secara keseluruhannya , bukti saintifik yang menyokong damiana sebagai perangsang seksual masih kurang. Kajian tidak dilakukan keatas manusia lagi. Walaupbagaimanapun kajian menunjukkan peningkatan keupayaan seksual pada tikus jantan selepas diberikan ekstrak damiana(Edwards et al., 2015). Adalah berbaloi untuk kajian selanjutnya dilakukan untuk memahami kegunaan damiana sebagai ubat untuk meningkatkan fungsi seksual pada manusia yang meningkat usia"

Semua pokok turnera menjadi kegemaran serangga penghisap madu seperti lebah dan kelulut.



Sunday, January 14, 2018

Aerva Lanata- khasiat seindah nama

Ini antara pokok-pokok di alam melayu yang lebih dikenali dengan nama saintifiknya berbanding dengan nama vernakular (nama kampungnya).Pokok ini dari keluarga Amaranthaceae.Sekeluarga dengan bayam. Diluar negara ia dikenali dengan pelbagai nama , yang biasanya dalam bahasa inggeris ialah mountain knotgrass. Akarnya mempunyai bau yang seakan-akan bau kapur barus (camphor). Hmm kejap lagi boleh pergi korek akar untuk cek baunya. Saya suka pokok aerva lanata ni sebab struktur pokoknya yang cantik (pada pandangan mata saya). Pokoknya akan naik menegak dan meninggi kemudian ditumbuhi bunga-bunga pada ketiak daunnya.

Gambar ini pokok aerva latana yang disemai di nurseri saya www.melur.com. Di sini pokok ini dikenali dengan nama lain seperti pokok batu karang, pokok muntah kucing. Kalau kat India biasa diorang panggil pokok ni polpala. Popular dalam rawatan ayurveda,

Yang saya baru tahu rupa-rupanya di India bunganya yang dikeringkan (mempunyai bau kapur barus yang kuat) dijual secara komersial dan dikenali dengan nama buikallan atau boor. Menarik. Apa pula kegunaan bunga keringnya? Rupanya bunga ni termasuk dalam bahan-bahan dasapushpam ( 10 bunga suci di Kerala) . Air rebusan bunganya digunakan untuk merawat batu karang ( terutamanya di dalam perut). Air Rebusan akarnya pula digunakan untuk merawat kencing manis dan batu karang pada buah pinggang. Kisahnya....

banyak jugak kegunaan lain a.lanata ni. Antaranya  ia boleh menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan. Seluruh bahagian pokoknya , terutamanya bahagian daunnya boleh di makan. Rasa macam nak try buat ulam la pula pokok ni. tak pernah cuba lagi ni. Bukan sebagai makanan untuk manusia, pokok ni juga berfungsi sebagai makanan untuk lembu dan ayam. Tanaman ini sesuai ditanam dipadang ragut. Di india juga jus yang didapati dari akarnya yang tumbuk digunakan untuk merawat demam kuning (Jaundice). Tidak ketinggalan juga  pokok ini digunakan oleh bomoh untuk menghalau  hantu ( disclaimer : sekadar  untuk pengetahuan am)

Pokok ini senang membiak dari biji benih dan keratan batang.



Nak beli pokok ni? Lawati : http://www.melur.com/product/pokok-aerva-lanata/ 

Rujukan:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3510869/

Friday, January 12, 2018

Teh Moringa tambah stevia... sedapppp


Semenjak mengamalkan pengambilan teh stevia ketika menghadapi hari yang sibuk dan kurang sihat, memang banyak khasiat moringa yang dapat badan ini rasanya antaranya kurang penat, hilang lenguh badan dan semangat bekerja pun berkobar-kobar. Cuma minum moringa ni rasanya kurang nikmat dari minum teh biasa sebab takde rasa manisnya. Boleh saja nak tambah gula sebenarnya tapi rasa macam defy the purpose pulak bila masukkan gula ringkas dalam badan yang memang dah banyak gula ni.  Walaupun ada customer yang beli cakap sedap je minum teh moringa tanpa gula ni tapi ye la... taste I ni nak yang manis-manis saja.  Minggu lepas bereksperimen campurkan moringa dengan stevia. Rasanya memang manis dan sedap. 

Teringat pula hampir lebih dari 5 tahun lalu , ketika itu  diet atkins belum sangat  popular lagi. Masa habis menyusukan badan  baby bongsu selepas 3 tahun, badan mula naik. kesan bersalin secara caesarean dan pantang yang tidak teratur seperti 3 kelahiran lain sebelumnya. Walaupun masa tu yang naik cuma 3, 4 kg saja dari kebiasaan, berat sekitar 55 kg masa tu.adatla masa naik sikit-sikit ni kita mula ketakutan. Mula la mencari regim-regim diet untuk menyingkirkan kg kg yang naik tu.Hingga terjumpa diet atkins. Teruja sebab boleh turun dengan mendadak tanpa senaman (Haisshh..tak patut betul kan). Mula buat fasa induksi. Masuk hari ke 5, badan mula craving for sugar. Dah 5 hari tak makan apa2 yang berkarbohidrat dan bergula. Rasa bergetar seluruh badan , seriously. Hari tu saja ambik cuti dari kerja ,  sebab tengah siapkan thesis master, memang tak boleh nak fokus teringatkan air sirap, coklat , kek dan seangkatan dengannya dalam peti ais. Sampai tak tahan sangat berlari turun ke dapur, buka peti ais dan cari benda manis yang less sinful for atkins. jumpa sekotak kurma. bukan makan sikit hampir separuh kotak saya makan, sedapnya gula. Hari ke 5 berat dah turun 3 kilo lebih.. not badkan... tapi selepas makan kurma tu perut mula rasa lain macam dan end up saya muntah tak henti-henti hingga muntah kuning( dah kosong abis perut sampai jus perut pun keluar hihi). Itulah kali pertama dan terakhir saya diet atkins. Walaupun ada significant weight loss tapi tak sanggup rasanya saya menghadapai ketagihan nasi dan gula yang amat dahsyat... (Sounds pathetic kan...). kalaula saya ambik stevia masa tu pasti tidak sedahsyat itu kejadiannya.

So berbalik kepada moringa ni. Moringa ni ada kesan meningkatkan kadar metabolisme badan. Bagus untuk diamalkan oleh sesiapa yang berdiet juga. Tambahan stevia dalamnya dapat menampung keperluan badan kita terhadap gula jadi tak adala dalam otak kita asyik terbayang yang manis-manis sahaja.

Sekarang badan memang jauh lebih berat dari berat ketika diet atkins dulu. Tapi apa yang penting diumur-umur begini bukan lagi badan yang slim melim macam gitar, tetapi tenaga dan kesihatan yang baik. Supaya tidak terganggu aktiviti seharian dan amal ibadat dek keletihan sepanjang hari. Sesiapa yang rasa badan lenguh dan asyik letih tanpa sebab, mungkin boleh cuba teh moringa stevia ni. Kalau dah selalu penat atau letih tu kena paksa diri buat checkup juga supaya kita tahu apa yang badan kita cuba beritahu kita.
Moringa sendiri memang pokok yang banyak khasiatnya. semua bahagian dari pokok ni bermanafaat untuk manusia dan haiwan. Sumber protein yang datang dari moringa ini lengkap mencakupi semua 9 jenis asid amino. Dalam moringa sahaja ada 92 jenis vitamin dan 46 jenis antioksidan. Keupayaannya untuk membekalkan zat pada pada badan manusia terutamanya di negara-negara mundur menyebabkan WHO mengiktiraf pokok ini sebagai plant of life.

Di negara-negara benua Afrika di mana sumber protein utama dari haiwan telah berkurangan akibat aktiviti pemburuan haram moringa menjadi sumber protein gantian yang utama.

Biras saya yang berketurunan kadazan dusun  pula menjadikan biji moringa sebagai ubat gastrik. Biji moringa yang telah tua( kering) dikunyah-kunya 1 -3 biji sehari untuk meredakan gastrik.

Banyak sungguh khasiat moringa yang kita kadang-kadang tak nampak. Kadang-kadang di nurseri saya sendiri ada yang nampak pokok moringa atau lebih dikenali sebagai gemunggal di kelantan, sepontan akan berkata .."aikk pokok ni pun jual.."  Ramai yang masi memandang rendah pokok yang sudah terkenal serata dunia ini. Rugi rasaya khasiat yang banyak ini kita abaikan begitu sahaja.

Moringa yang telah saya campurkan dengan stevia ini diproses dalam bentuk uncang teh untuk menyenangkan penggunaannya. satu uncang bersamaan dengan 1 sudu teh penuh, sesuai untuk 1-2 kali penggunaan. Rendam uncang dalam air panas yang mendidih selama 1 hingga 3 minit. Angkat uncang dari cawan ( boleh disimpan untuk kegunaan sekali lagi). Teh moringa stevia ini sesuai dinikmati 2 kali sehari.



Monday, January 08, 2018

Berapa jenis pokok jarak yang ada sebenarnya?

Terdapat beberapa spesie pokok yang dipanggil jarak oleh masyarakat melayu. Antara jenis pokok jarak yang biasa dijumpai ialah:

1. Jarak pagar atau dikenali juga dengan nama jarak cina. Nama botaninya jatropha curcas. Jarak ini ditanam  sebagai pagaran, kerana itu ia dikenali dengan nama jarak pagar. 




2. Jarak Minyak. Nama botaninya Ricinus comunis. Nama inggeris bagi pokok jarak ini ialah castor tree. Dikategorikan sebagai tumbuhan beracun dan perlu dielakkan dari anak-anak.




3. Jarak Jari. Nama botaninya Jatropha multifida
Dikenali juga dengan nama candu air, ganja kampung. digunakan untuk mengubati luka dan kembung perut bayi. Ada kesan khayal pada daun ini.




4. Jarak untut gajah. Nama botaninya Jatropha podagrica hook.



5. Jarak Ungu/ jarak merah. Nama botani Jathropa gossyphofolia L



Saturday, January 06, 2018

Kunyit hitam

Suratan atau kebetulan ketika saya sedang sibuk memecahkan rumpun kunyit hitam di Nurseri minggu lepas datang seorang pakcik yang memang pengunjung tetap nurseri saya. Pakcik yang juga ustaz ini memang peminat pokok-pokok herba. kebetulan dia datang membawa kunyit hitam untuk ditunjukkan pada saya.  Kunyit hitam yang sedang saya semai dari keluarga cekur, dikenali juga dengan nama kunyit hitam laos atau kunyit hitam Thailand . Nama saintifiknya Kaempferia Parviflora. manakala kunyit hitam yang dibawa oleh ustaz itu dipanggil kunyit hitam malaysia atau nama saintifiknya curcuma caesia.

Dibawah ni artikel yang saya tulis dalam tahun 2016 ketika  mula dapat membezakan 2 jenis kunyit hitam ini

Kunyit Hitam ; Curcuma Caesia atau Kaempferia parviflora?
Beberapa hari yang lepas seseorang yang ingin mengkaji kunyit hitam menghubungi saya dan bertanya tentang kunyit hitam.Lebih 10 tahun yang lalu ketika saya mula meletakkan maklumat mengenai kunyit hitam sebagai pengetahuan am di website saya www.melur.com saya banyak dihubungi oleh pengamal perubatan bertanyakan pelbagai perkara dan memberikan pelbagai tip berkenaan dengan kunyit hitam. Seorang pemilik kunyit hitam menasihatkan saya agar tidak menjual kunyit hitam kerana ianya banyak digunakan dalam uparacara ghaib.Jadi saya tidak pernah menyimpan stok kunyit hitam. Pelbagai pendapat diutarakan diruangan komen artikel tersebut. Antara yang sempat saya capture. Perbincangan dengan pengkaji tersebut menimbulkan kekeliruan pada saya sendiri. Sebenarnya kekeliruan mula timbul apabila ibu saya menyemai kunyit hitam yang berlainan dari gambar yang saya ambil di salah sebuah ekspo pertanian. Gambar kunyit hitam yang terdapat di website saya itu sebenarnya Kaempferia parviflora sedangkan artikel yang saya tulis itu mengenai Curcuma caesia. Dan kunyit hitam yang ibu saya semai itu adalah Curcuma caesia.Perbualan saya dengan pemilik Seri Subuh Agrofarm cik Nurul Ain mengesahkan kekeliruan saya. Curcuma caesia dikenali dengan nama kunyit hitam oleh masyarakat Malaysia. Ia dari spesis kunyit , curcuma, daunnya lebih kurang sebesar daun kunyit biasa dengan jalur ungu kehitaman di tengahnya. Rizomnya mempunyai isi berwarna putih dengan lingkaran ungu kehitaman. Ada juga yang memanggil kunyit hitam ini temu hitam , temu hitam atau temu ireng yang sebenarnya bukan curcuma caesia tetapi Curcuma aeringonosa. Isi rizom temu ireng berwarna putih dan akan berubah menjadi kekelabuan apabila dipotong.
Kaempferia parviflora, kunyit hitam Thailand, pula berada dalam spesis cekur. dengan daun yang kecil dan batang yang lembut dan rumpun yang kecil. Daunnya seakan-akan daun cekur . Keseluruhan isi rizomnya berwarna ungu kehitaman ( warna ungu kehitama yang sangat pekat)
Gambar dibawah menunjukkan perbezaan antara Curcuma caesia dan Kaempferia parviflora.Jika di Malaysia selalunya kunyit hitam merujuk kepada Curcuma caesia dan kaempferia parviflora selalunya di kenali dengan nama kunyit hitam Thailand.
Artikel ini berdasarkan pengetahuan am saya. Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen atau pembetulan fakta.



Friday, January 05, 2018

Cara banyakkan air susu ibu dengan kaedah herba

Masalah yang biasa dialami oleh kaum ibu ialah kekurangan air susu hingga menyebabkan ibu-ibu terpaksa menyulam susu ibu dengan susu formula. keadaan ini amat mengecewakan terutamanya jika dari masa kehamilan lagi ibu sudah berazam untuk menyusukan bayinya secara eekslusif. berikut dikongsi petua-petua menggunakan herba untuk membanyakkan air susu ibu.


Image result for pucuk nangkaSegenggam daun yang muda(pucuk) yang sempurna dan tidak koyak dicuci bersih dan diwapkan atas nasi yang sedang masak hingga menjadi layu. Daun ini kemudiannya dijadikan ulam. 

Jika tidak suka makan ulam, tumbuk daun yang telah diwapkan tadi hingga lumat. campurkan sedikit air dan tambahkan sedikit gula dan garam kemudian diminum.

Antara petua lain ialah minum air rendaman halba, minum kurma yang dikisar bersama susu. Banyakkan minum air dan dapatkan tidur yang mencukupi

Tuesday, January 02, 2018

After 8 years

hi .. i am back after 8 years.. i left this blog when I was 35 ...now i am an old mack cik..:-). 

Monday, July 12, 2010

Gunakan laci lama sebagai bekas menanam

Mungkin kat rumah kita ada laci lama ( paling elok laci kayu) daripada kabinet atau almari yang kita tak nak gunakan lagi. Daripada dibuang begitu sahaja kita boleh gunakan laci ini sebagai bekas untuk tanaman. tebuk lubang pada dasar laci untuk saliran.Kita juga oleh gunakan laci ni sebagai tapak semaian.

Sunday, July 11, 2010

Plants in the drawers.

we might have old wooden drawers to scrap. This wooden drawers can be use as a planter for our plant. Drill drainage holes in the bottom.We can use the drawers for rooting cutting.

Sunday, December 21, 2008

Food of The soul

Let me share with you one story that i've read many years back. It came from a book: Chickensoup for the gardeners soul. The title was: Iva mae's birthday. The writer told about a friend name iva mae who was so poor and not even have enough to live. They're living at the prewar era and poor people were everywhere at that time. so one day iva mae invited her classmates, including the writer for her birthday party.they're so excited but when they reached iva mae's house, her mother was so shocked as se's not aware about the birthday party. she dont even realized that the day was her daughters birthday.

But to cover the things up, she start to bring out all food that they store for the winter and have a simple party for the girls. They're having so much fun.

Later, iva mae's mother bring them to the garden. inside the garden there were a bed that used to grow a flower, Zinnia, instead of vegetable and crops.So the write asked ivae may why her mother wasted the space by growing zinnia while at the same time she could used the space to grow food. Iva mae's answer to the question keep on dwelling in my head till now everytime i remember this story. She said my mom said, ooo... that one is the food to our soul.

Wednesday, May 14, 2008

After the rain

Hi ... i'm back again...looks like the passion start to develop again after a quite some time of hibernation period. It's like about a time back to start to examine every single leaf in your garden for a trace of bugs or grasshopers bite.Come back to my ownself and...huarggghh... sleepy..will continue some other time

Thursday, April 17, 2008

Nyummy nyummy barbados cherry


Oh gosh.... it has been almost a year since the last time i update this blog. Busy with life, busy with Ceri barbados ni memang best..rasa excited nak tanam sebab rupanya yang sebijik ngan ceri yang kita selalu guna nak buat kek tu. It's some kind of good feeling when you can grow something that you can see in the supermarket rack in ur garden. Ni dia gambar ceri barbados tu. kalau nak tengok maklumat tentang ceri barbados ni ada aku update kat melur.com:

http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=277&cat=HERBA

Sunday, August 19, 2007

Down

I just finished my conversation with one of the MARA officer from penang Mara headquarters. It is very dissapointing dan de-motivating, destructing.... i Felt sooo...down... oh my God... this is the person the goverment placed to motivate Malays in Business? No wonder we are still the same after all those years.

Sebenarnya MARA memang bagus, the mission, the vission, the service all good and benificial. Infact MARA help so many people achieve their dreams...Cuma orang-orang cam ini yang men'spoil'kan MARA punya mission.Is this the reason why penang MALAYS are always dalam dilema?

To be honest, this is the first time i contact MARA to ask consultation for my business,and perhaps it is the last. Here's my conversation for your own judgement and review...:) eventhough he sound so friendly, yet the conversation itself is useless, fruitless and what-ever-less.

me: Assalamualaikum...can I speak to ***** **** ***?
**: Ya bercakap.
Me: Tadi saya ada tanya receptionist dan dia suruh saya cakap dengan encik pasal ...

( he interupted without waiting for me to finish my words, sounds like he is so busy to talk to me...come on...i thought its their job to help?)

** : Pasal apa?
me : saya ada tanya , tapi saya tak tau nak pergi ke mana (what i mean is i dont know who to ask)
**: hah?... tak tau nak pergi ke mana?
me: maksud saya saya tak tau nak tanya siapa , jadi saya harap Encik boleh tolong.saya ada business nurseri pokok online...
**: hah kalau nurseri , jangan tanya MARA, kena tanya jabatan pertanian, mardi dan seumpamanya untuk bimbingan. Bila mula bukak nurseri?
me: saya rasa....
**: mana boleh rasa-rasa, buat business tak boleh rasa-rasa.
Me: maksud saya saya mula serius sekitar hujung 2004...
**: kat mana tapak business sekarang.
Me: ya...sebab tu......
**: Mara cuma berikan pembiayaan , selebihnya peniaga kena cari sendiri.
Me: ya saya faham,buat masa ni saya rasa saya tak perlukan bantuan kewangan lagi, saya cuma nak tahu kalau MARA boleh nasihatkan saya kat mana saya boleh dapatkan tanah....

**: Mara tak boleh sediakan tanah... yang tu peniaga kena cari sendiri, sewa sendiri.Takkan semua nak harapkan Mara.Kalau semua nak harapkan MARA teruklah... Kena la usaha sendiri jugak...

At this point , I already lost my hope.This is the first time i called them.They way he lectured me was like i've ask him so many time b4.it's quite difficult for me to understand the way this fellow think, more accurately, the way he behave.

Whatever I do after this, insyaallah i'll never ask consultation from them again.This is really dissapointing. I thought they are good, yet they are so arrogant and always look down to other people.Why? Are they to busy to entertain ikan bilis like me? Or they thought everybody called MARA just for their money? Please la...I called them because i still remember , in one of the course they organized the very same person said, you can always get consultation from MARA , it is not necessary money but anything to help you to operate your business .That's why i did called them.I need help now and i need it desprately but i dont know where to go.My business is expanding and i need guidance, motivation, consultation, or whatever you call it.Money alone will never help me, and for now, even it's tough i can still survive on my own.

Me: Tak pe la... Terima kasih

So i just hang up.I feel so stupid to call MARA and let them jeopardize and ruin my spirit and excitement.In the last few weeks, i keep on thinking to meet them personally and have some chit chat on my business, but since then, forget-about-it.


Prior to this waste-my-time conversation, i did called PERDA and they were good and full of encouragement.Eventhough in the meantime they cannot really help, but at least they some idea on what to do next, which is very helpful.The officer treat me with respect, even congratulate me for having a spirit to do something different.At least i was motivated after taking to them.

Next time if I need help, i know where to go, and it's definitely not to the same arrogant guy.

Well for those who like to know what I do, feel free to visit my page at:

http://melur.com

and remember : Everything starts small !

Thursday, August 16, 2007


Corn tree,sometime knows as iron tree or botanically known as Dracaena fragrans is a very popular indoor plant.Infact we can always stumble with it in almost every office.The behaviour of the plant that need less attention compare to other indoor plant make a perfect choice if you are not a plant lover.

Originated from West Africa, the plant has made its way around the globe. Belong to agave family give corn tree an advantage as it is very strong can tolerate a wide range of climate.the plant prefers low light and high humidity.

The wide leaves are long and arc gracefully from the stalk.The huge and strong stucture of the stem and leave turn it as an attractive green furniture to your room.Dracaena fragrans belongs to Agavaceae family, the same family agave, yucca and joshua plant.Same like others in agave family corn tree too can stand the dry zone.Though in its optimum condition the plant can grow until 20 feet tall, but normally as a houseplant the normal height of this plant is between 4 to 6 feet tall.Ovet time the plant loses lower leave revealing bare stem.D. f. ‘Massangeana’ is a popular cultivar that features a wide central yellow stripe on each leaf.


In tropical climate , it is quite difficult to see corn tree blooming. the flower somehow, very attarctive with the special fragrant any flower lover will treasure.To flower, the plant must be a very mature plant.It should be at least more that 6 feet in height.The flower stalk s emerge out from the center of tthe leave whorl and will extend untill almost 3 feet.the The fragrant is very strong , you can smell it even it is more than 100 feet away, especially in the evening. The fragrant normally will last more than 1 week or even longer if it is keep in the office or well protected environment.

Some people believe that the plant will die after flowering.Well, it is not true as the plant will keep on growing.Cutting the flower stalk when it wither is a good idea to boost up the groth rate.Propagation is simple, it can be done through stem cutting.Eventhough the plant bear fruits(berries type) , normally it is propaged using stem cuttings.If you notice that the leave turn brownish it could be because of to much or too litle water.Eventhough it is a tough plant, sometimes mites can get attracted to it.

Sunday, August 05, 2007

When the small become less smaller

everything starts from small... i remember this was what i said when somebody from an establish MLM network look down into my small web page , mainly on herbs info 3 years back.The guy...accused me of not having a vision, don't dare to dream big and cursed me ...:) that i will stuck there forever. Well.. now more than three years on the road i still remember what i said..and still believed that everything starts from small....

now when it become less smaller (forgive me for the grammar), more and more people start to visualize a vision that i put years ago.I have one stand that i hold closely to my heart. If you cannot do what you like, like what you do but if you cannot like what you do, try to do what you like.hehe... it's not a tounge twister though...that's what i do ... try to develop something that i love with my heart soul into a money machine...(though now the machine is not fully functioning yet).

For all the support and backup..... i really want to express my gratitude to my beloved husband for believing in me, for strongly stand besides me through thick and thin. For always put his faith in me when others not.For keep on telling me that i'm heading to the right direction and the day of glory will come. To my three lovely daughters that have to spent most of their weekends watching CDs and doing homework in the car,I hope i'm not torturing them.I hope they can understand everything i do, i do it for their own future.(At least they should be grateful that i never left them at home by themselves like most busy mothers will do)...And i hope too... the days of struggling will be over soon. Insyaallah

haha....my blog entry today is so sentimental...anybody cries?