Nuffnang ads

Thursday, November 22, 2018

Pemanis asli tamadun Aztec - Phyla dulcis

Saya telah memiliki tumbuhan ini selama lebih dari 6 bulan sebelum mengetahui namanya. Pencarian nama menggunakan aplikasi PictureThis and PlantSnap berkali-kali kali dari pelbagai sudut juga gagal menemukan jawapan yang memuaskan untuk pokok ini. Padanan paling dekat yang dijumpai ialah American Cornmint yang sama-sekali tidak menepati ciri-ciri tumbuhan ini. Penjual tumbuhan ini memanggilnya dengan nama Ros Stevia , berkemungkinan  kerana sifat daunnya yang manis seperti stevia. Beberapa kali mencuba akhirnya saya terlupa kerana kesibukan.

Beberapa hari lepas ketika bekerja di nurseri Melurdotcom kerana pembantu-pembantu bercuti Maulidurrasul , saya bertemu dengan seorang cikgu yang begitu tertarik dengan pokok yang hanya ada sepasu besar di nurseri saya. Beliau berjaya membuat saya berjanji membuat anak benih kerana saya tidak mahu  menjual pokok yang hanya sepasu itu. Untuk memberitahu pembantu nurseri menyemainya saya perlu tahu nama dan bagaimana cara terbaik untuk menjaga pokok yang tidak dikenali sebelum ini.


Alhamdulillah ini hari bertuah saya. Pencarian google image  saya membawa saya kepada tumbuhan ini yang dikenali dengan nama botaninya Phyla dulcis atau sinonimnya Lippia dulcis.


Nama Botani; : Phyla Dulcis /Lippia Dulcis
Keluarga: Verbanaceae
Nama Lain: Aztec Sweet Leaves, Bushy Lippia, honeyherb, hierbia dulce,Mexican lipia, sweet mint, Dushi button,

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang telah lama digunakan dalam sejarah manusia. Ia digunakan oleh masyarakat Mayan , Tamadun Aztec di Mexico. Tumbuhan yang berasal dari Mexico , kepulauan karibian, Amerika tengah, Colombia dan Venezuela  ini mengandungi sejenis sebatian yang menghasilkan rasa manis pada daunnya. Sebatian ini dinamakan hernandulcin  yang ditemui pada tahun 1985. Sebatian ini dinamakan hernadulcin mengambil sempena nama seorang doktor Sepanyol bernama Fransisco Hernandez yang mula menghuraikan tentang tumbuhan ini pada abad ke 16. Daun yang manis ini bagaimanapun mengandungi sebatian kapur barus yang mempunyai rasa sedikit pahit. Kapur barus agak toksid jika diambil dalam kuantiti yang banyak terutamanya kepada binatang dan kanak-kanak. Daun  ini digunakan secara segar dan kering.

Ketinggiannya pada habitat asal boleh mencapai antara 4 hingga 6 meter. Namun di negara kita ketinggian biasa dijumpai kurang dari 1 meter sebelum ia rebah dan menjadi tumbuhan yang menjalar seperti kaduk. Ia memerlukan tanah poros dan bersaliran baik. Akarnya akan buruk jika terendam dalam air. Daunnya berwarna hijau gelap dan boleh bertukar menjadi keunguan  jika terdedah pada matahari yang terik. Panjang daun lebih kurang 1- 4 cm berbentuk bujur telur dengan bahagian tepi yang bergerigis. Batangnya berwarna agak kemerahan jika terdedah pada cahaya matahari yang terik. Bunganya berwarna putih dan berbentuk oblong.Ia membiak melalui kaedah keratan batang dan biji benih.



Kegunaan :

Masyarakat aztec menggunakan tumbuhan ini sebagai pemanis semulajadi, herba perubatan untuk mengubati batuk dan bronkitis.Ia digunakan sebagai pemanis gantian untuk pesakit kencing manis , juga sebagai herba perubatan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Kegunaan lain untuk menurunkan tekanan darah tinggi, merawat masaalah pencernaan Ia juga boleh dimakan untuk mengurangkan ketagihan gula. Boleh di campur ke dalam salad buah dan masakan sebagai pemanis semulajadi. kandungan kapur barus dalam daunnya menyebabkan ia tidak digalakkan dimakan  dengan terlampau banyak seperti sayuran. Gunakan hanya beberapa helai daun untuh teh dan masakan. Ia sesuai dimasukkan ke dalam masakan seperti kari daging menggantikan gula kerana aromanya.


Bunganya dijual secara komersial dengan nama dushi atau dulce.Bunganya , kering atau segar digunakan sebagai pemanis salad dan aiskrim. Antara bunga yang boleh dimakan.



Kombinasi paling menarik adalah bunga ini dan kopi.Sekuntum bunga sudah lebih memadai untuk memaniskan secawan kopi. Bunga ini juga dijadikan hiasan makanan manis seperti coklat, kek dan aiskrim.



Penafian:
Maklumat ini disiarkan adalah untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba. Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, organisasi atau e-group.


1.Website: https://www.melur.com

2. Store Lazada kami https://www.lazada.com.my/shop/melurcom

3. Store shopee kami https://shopee.com.my/anoraida
4. Lokasi GPS Nurseri : https://goo.gl/maps/V2v5zgYj51w
5. Facebook: https://www.facebook.com/messages/t/melurdotcom

Sunday, August 19, 2018

Semuluh ubat penyakit kudis buta

Penyakit kudis buta selalunya disebabkan oleh hama yang terdapat dalam tanah. Kudis buta ini boleh pula berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain melalui sentuhan. Rawatan moden terhadap kudis buta ini selalunya menggunakan ubatan seperti permethrin, malathion  dan gamma benzene hexachloride (lindane).


Ada satu tumbuhan yang berkesan merawat penyakit kudis buta dan kegatalan yang disebabkan oleh hama ini. Tumbuhan ini telah lama digunakan secara tradisional terutamanya oleh kaum cina. Pokok yang dimaksudkan ialah pokok semuluh, atau nama botaninya  Polygonum Chinense. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah creeping smartweed(English), chinese knotweed(English), 火炭母(cina),  Actalaree, Sivappu Kumbakodaali (tamil)cara penggunaan untuk merawat kudis buta ialah dengan merebus seluruh pokok semuluh yang telah dicuci bersih. Didihkan seketika setlah itu air dibiarkan suam. Air yang suam digunakan untuk membasuh bahagian yang dijangkiti kudis buta.

Air rebusan tadi boleh juga digunakan dengan kaedah yang sama untuk merawat ruam gatal, panau , ulser. juga untuk merawat bisa gigitan haiwan dan serangga(dinasihakan dapatkan rawatan hospital juga untuk gigitan yang boleh membawa maut seperti gigitan ular).Air rebusan juga selamat diminum untuk mengatasi masalah cirit-birit. Disamping itu ia dapat membersihkan darah dan menghilangkan sakit kepala.Ia juga dapat membantu meningkatkan pengelihatan.

kosmo :http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_04.htm


Ulam Beluntas Berkhasiat Rangup Menyelerakan

Beluntas merupakan sejenis ulaman yang agak kurang popular di Malaysia, cuma terdapat disesetengah tempat. Ia lebih popular dikalangan masyarakat melayu indonesia. Ia juga dikenali di Malaysia sebagai beluntas paya kerana habitat asalnya yang selalu dijumpai tumbuh di kawasan paya.


Nama Vernakular: 
Beluntas

Nama Botani :
Pluchea indica

Nama lain: 
Indian marsh fleabane, Indian camphorweed,  Indian fleabane, Indian pluchea, baluntas

Beluntas merupakan sejenis pokok renek yang boleh mencapai ketinggian maksimum hingga 2 meter. Pucuk beluntas rangup, rasanya sedikit masam dan berbau harum menyelerakan.

sedap dijadikan campuran ulam dalam nasi kerabu dan nasi ulam. Beluntas boleh dimakan bagi merawat penyakit keputihan bagi wanita, disentri, haid tidak menentu, nafas berbau, peluh berbau, badan berbau, sakit urat pinggang, sengal-sengal, sakit sendi (reumatisme), sakit otot, dan ulser. Ia juga boleh dimakan untuk awet muda dan bagi orang yang kurang berpeluh

Boleh ditanam dikawasan yang menerima cahaya matahari penuh dan juga separa (dibawah naungan)











Beli pokok beluntas di : https://www.melur.com/product/anak-benih-beluntas/


Monday, July 30, 2018

Mengenal Varieti Durian - D160

Durian D160 di kenali dengan nama durian buluh bawah , durian tekka, musang queen, chok kiok, green bamboo . Ia berasal dari Banting , selangor .didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua, di Jabatan Pertanian pada 1987.  Pada bulan Disember 2015, durian ini telah dijenamakan semula dengan nama "Musang Queen" sebagai pasangan kepada durian Musang King( D197).

Ciri unik pada durian ini ialah bentuknya yang hampir menyerupai bentuk hati,
Buahnya bulat lonjong, kembang di atas dan kuncup di bawah. Terdapat lekukan pada setiap pangsanya. Ulasnya besar dan bijinya sederhana besar , empulurnya berongga. Isinya tebal , berwarna kuning oren, aromanya kuat  dan rasanya sedikit pahit dan lemak. saiz buahnya sederhana besar dengan lingkungan berat di antara1.5 hingga 3kg setiap biji.

Bagi penggemar durian pastinya tidak mahu melepaskan peluang merasa durian dengan rasa yang unik dan sedap sehingga digandingkan sebagai permaisuri kepada raja durian kunyit iaitu musang king.

Jika anda mencari benih durian Musang Queen dapatinya di sini :
https://www.melur.com/product/anak-pokok-durian-musang-queen-d160-kahwin/


Sunday, July 15, 2018

khasiat kemangi untuk keputihan

Keputihan (leucorrhoea) adalah keadaan semulajadi di mana vagina membuat proses pembersihan  agar terlindung dari jangkitan dan keradangan. Ia merupakan keadaan alami yang akan dialami oleh semua wanita di dunia ini. Keputihan akan keluar bersama sel-sel mati dan bakteria agar vagina tetap bersaih. Keputihan biasa tidak akan membawa masalah, namun apabila jumlah keputihan yang dihasilkan terlalu banyak, terlalu pekat, ada pendarahan, berbau kurang menyenangkan, menyebabkan kegatalan vagina dan kawasan sekitarnya  atau berubah warna daripada putih kepada kuning atau hijau, ia merupakan petunjuk bahawa vagina atau sistem peranakan seseorang wanita itu sedang mengalami masalah.

Keputihan yang tidak dirawat akan menimbulkan pelbagai masalah yang lebih kronik.  Ia selalunya disebabkan oleh sejenis kulat/fungus/yis yang dipanggil candida albicans Sebelum didatangi masaalah yang lebih parah, banyak tumbuhan yang boleh memberikan penyelesaian alami untuk masaalah keputihan. Antara yang sering digunakan ialah beluntas, sirih dan kemangi. Artikel ini akan  membincangkan kegunaan kemangi untuk menjadi penawar kepada penyakit keputihan

Kemangi
Nama biasa: Kemangi

Nama Botani : Ocimum sanctum / ocimum cannum / ocimum x africanum

Keluarga: Lamiaceae

Nama lain: Cemangi, lemon basil, bai kra pao, mangiak(Thailand), ruku-ruku (minangkabau)

Ciri khas yang terdapat pada kemangi berbanding dengan tumbuhan genus ocimum yang lain ialah baunya yang sangat beraroma seperti bau serai. justeru itu ia banyak dijadikan penambah perisa makanan kepada masakan ikan dan juga ayam goreng. Ia juga melazatkan salad. Boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam. Kaum minangkabau menggunakan daun kemangi dalam masakan asam pedas (asam padeh).  Kemangi merupakan tumbuhan semusim jadi ia akan mati setelah bunganya kering. untuk mengelakkan pokok kemangi mati selepas semusim, jangan biarkan ia berbunga dengan sentiasa potong  bahagian yang akan mengeluarkan bunga. kemangi boleh dibiakkan dengan keratan batang dan biji benih. Ia boleh ditanam ditanam ditempat matahari penuh atau separa dengan kadar pertumbuhan yang lebih cepat di kawasan matahari sepenuhnya.

Kegunaan kemangi untuk masaalah keputihan

1.Menghilangkan kegatalan
Daun kemangi merupakan anti-kulat(fungus) semulajadi. Kandungan daunnya mengandungi sebatian seperti eugenol, linalool, terpineol, sitronelol, citral dan juga limonen. Sebatian ini merupakan bahan anti bakteria semujadi yang dapat membunuh kulat  dan bakteria penyebab kegatalan. 

2. Mengatasi bau keputihan
Bau keputihan yang tidak menyenangkan bukan sahaja membawa bahaya tetapi membuatkan wanita tidak selesa dan tertekan.Lebih parah lagi keputihan yang berbau juga mungkin menunjukkan petanda awal kepada penyakit kanser pangkal servik.fitokimia yang terdapat dalam daun kemangi dapat mencegah kanser servik dan pada masa yang sama dapat menghilangkan bau tidak menyenangkan pada vagina.

3. Mengurangkan jumlah keputihan. 
Keputihan yang terlalu banyak walaupun tidak berwarna dan tidak berbau akan tetap menimbulkan ketidakselesaan pada wanita. Bagi muslimah, masalah ini terpaksa ditangani setiapkali ingin menunaikan solat fardhu. pengambilan daun kemangi yang mengandungi vitamin A, vitamin B dan vitamin C dapat mengurangkan racun/toksid dalam tubuh yang menyebabkan keputihan dikeluarkan dengan jumlah yang banyak.

4. Mengatasi rasa melekit disebabkan oleh keputihan. 
Rasa melekit ini selalunya menyebabkan wanita tidak selesa , gatal dan menggaru hingga menyebabkan keradangan. Daun kemangi dapat menjadikan kawasan vagina lebih kesat dan bebas dari bakteria

5. Menghilangkan bau
Beta karotin yang terdapat dalam daun kemangi dapat menghilangkan bau dan meningkatkan antibodi  dan memperbaiki sel yang rosak yang menjadi penyebab bau itu.


Cara penggunaan daun kemangi  untuk semua tujuan diatas ialah dengan cara makan sebagai ulam ( untuk menyembuhkan dari dalam) dan rebus daun kemangi, biarkan suam dan gunakan sebagai air  basuhan di kawasan vagina.

Banyak lagi khasiat kemangi yang lain seperti ubat untuk batuk , masaalah pernafasan dan bronkitis. Ia juga berguna untuk mengurangkan gastrik.


Monday, July 09, 2018

PEPIJAT

Nama Botani : Elettariopsis curtisii
Nama tempatan: Pokok pepijat
Nama lain: Pijat-pijat, Kesing, cemomok (pahang)
Keluarga : Zingiberacea


Pokok pepijat merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga halia. ia merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat dinegara kita. Taburan pertumbuhannya meliputi kawasan Thailand, Malaysia, Borneo. Pepijat hidup subur di kawasan yang udaranya lembab, tanah yang lembab  dan mendapat naungan yang sepenuhnya dari tumbuhan lain. Daunnya seakan-akan daun kunyit. Ia mempunya rizom dan daun yang berbau kuat  seakan-akan bau serangga pepijat.  Bunganya berwarna putih.

Bau pijatnya akan bertukar menjadi satu aroma yang amat menyelerakan bila dimasak. Aromanya lagi bangkit apabila daun yang kering digunakan dalam masakan. Antara jenis masakan yang menggunakan daun pepijat ialah masak lemak cili api ayam dan ikan sungai dan gulai asam rong. Kepada sesiapa yang gemar mencuba, boleh juga cuba buat sambal pijat. sambal ini amat popular di daerah Jeli, kuala krai dan Gua Musang di kelantan. 
Pendek kata kalau kenduri kendara di sana  memang tidak sah kalau tidak dihidangkan sambal pijat. sambal pijat menggunakan ramuan seperti cili api, isi ikan yang direbus (kadang-kadang tidak dimasukkan), isi (rizom) pepijat. Bahan-bahan ini ditumbuk menjadi sambal. Aromanya, kena cuba kerana selerea kita berbeza.

kegunaan perubatan
Daunnya dijadikan pembalut tungku untuk rawatan selepas bersalin. Juga dijadikan campuran dalam air mandian selepas bersalin dan semasa dalam pantang(mandi tersak). Fungsinya untuk membuang angin dalam badan.  Kajian saintifik sedang dijalankan untuk mengkaji potensi minyak pati daun dan akarnya untuk menjadi agen anti bakteria.

Pautan lain:
1. http://repository.um.edu.my/78033/1/Essential%20Oils%20of%20Elettariopsis%20curtisii%20(Zingiberaceae)%20and%20Their%20Antimicrobial%20Activities.PDF
2. https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/10412905.2009.9700219
3.https://www.mybis.gov.my/sp/5682

Wednesday, July 04, 2018

Tarragon - Rempah inggeris

Tarragon atau nama saintifiknya Artemisia dracunculus merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga bunga matahari , Asteraceae. Ia juga dikenali dengan nama lain iaitu estragon. Tarragon ditanam kerana kegunaan masakan dan perubatannya.

Tarragon merupakan rempah wajib dalam masakan preancis. French tarragon , merupakan variasi tarragon yang digunakan dalam masakan. Baunya menyerupai bau jintan manis.


Tarragon banyak digunakan dalam masakan ayam, ikan dan telur. Di Barat tarragon segar direndam dalam cuka untuk menghasilkan cuka tarragon. Digunakan juga sebagai perasa minuman berkarbonat yang  popular di negara-negara seperti Armenia, Azerbaijan, Georgia and, by extension, Russia, Ukraine and Kazakhstan. Minuman ini dikenali dengan nama tarhun. di negara Iran, ia digunakan sebagai penambah perisa dalam jeruk, seperti jeruk timun dan lain-lain lagi.
Pokok tarragon hasil semaian pucuk berusia lebih kurang 2 bulan

Kesihatan dan perubatan 

Dari segi kesihatan dan perubatan pula, kegunaan taraggon menyamai kegunaan jintan manis. Rekod pertama mengenai tarragon yang menjumpai menunjukkan tarragon telah digunakan seawal 600 tahun yang lalu. Ia mula diperkenalkan di Itali pada pada kurun ke 10 , hasil dari penaklukan bangsa mongol ke atas itali. Rekod menunjukkan bangsa mongol menggunakan tarragon sebagai ubat untuk mendapatkan tidur yang lena, penyegar nafas dan rempah masakan. Antara kegunaan perubatan tarragon ialah:

  • Sebagai penahan sakit- mengunyah tarragon , dapat melegakan kesakitan dalam mulut dan sakit gigi. untuk kelegaan sakit bahagian lain, tarragon boleh diminum sebagai teh
  • minum teh tarragon dapat membantu menanngani masalah insomnia.
  • Menambah selera makan. Tarragon boleh diambil sebagai salad atau ulam.
  • Kelegaan ketika haid.
  • Menangani masalah penghadaman
  • mengelakkan penyakit jantung kerana tarragon dapat menghalang pembekuan platlet yang menjadi penyebab serangan jantung.
Kegunaan mudah tarragon dalam masakan
  • cincang tarragon halus-halus dan tabur dalam salad kegemaran anda
  • tabur atas telur kegemaran anda
  • tabur atas makanan laut kegemaran
  • tabur tarragon atas ayam sebelum dipanggang
  • Tambah pada sos kegemaran anda untuk dapatkan rasa yang berbeza.

Thursday, May 31, 2018

Rumput Beijing

Rumput Beijing / Rumput aur/ Rumput cina / Rumput siti khadijah


Nama Tempatan: Rumput BeijingNama Saintifik: Murdania bracteataNama Lain: Beijing grass, Pak-king grassFamili: Commelinaceae


- digunakan dalam merawat psoriasis, sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh auto imune tubuh kita sendiri. Ia adalah sejenis penyakit genetik.


- digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang


- digunakan sebagai penahan sakit (pain killer ) semula jadi dikalangan pesakit kanser


- digunakan juga untuk mengurangkan sakit senggugut( menstrual pain)




sumber www.melur.com






Kerana ramai yang bertanya di mana nak beli saya tambah info ni:
1. beli di Nurseri melurdotcom : https://goo.gl/maps/V2v5zgYj51w
ATAU
2. Beli secara online dari: http://www.melur.com/product/rumput-beijing/
ATAU
3. Beli dari kedai LAZADA Nurseri Melurdotcom:
ATAU 
4. hantar mesej kepada
ATAU

Wednesday, March 28, 2018

Azola - tumbuhan sarat dengan zat

Azolla


Nama verbakular: Azola
Nama Saintifik: Azolla caroliniana
Keluarga: Salviniaceae
Nama lain: mosquito fern, kiyambang, mata lele,

Satu genus yang mengandungi 7 spesies paku-pakis air. Rupabentuk tumbuhan ini bukan seperti paku pakis biasa yang kita jumpai di daratan sebaliknya lebih menyerupai pokok sudu itik yang biasa kita jumpai memenuhi permukaan air.Azola adalah tumbuhan yang sangat produktif.Ia boleh menggandakan populasinya dalam masa 3 hingga 10 hari.
Azolla carolianiana


Azola kaya dengan protein, asid amino , vitamin dan mineral. Telah menjadi amalan tradisional semenjak ribuan tahun lalu di negara seperti China menjadikan azola sebagai tumbuhan yang dilepaskan dalam air di sawah padi.Ia berfungsi sebagai baja bio yang membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok padi selain dapat menutup permukaan air untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.

Azola merupakan sumber makan yang berkhasiat untuk ternakan seperti ayam, itik dan ikan air tawar.Terdapat peningkatan pengeluaran telur untuk ayam yang diberikan azola sebagai makanan.Azola boleh menjadi serbuk dan dijadikan pelet  atau diberikan secara segar kepada ternakan.Ia mengandungi protein sekitar 30% yang amat sesuai untuk pembesaran ikan seperti ikan keli, sepat, talapia dan ikan-ikan air tawar yang lain.

Selain itu Azola juga digunakan sebagai sungkupan pada pokok untuk mengelakkan pertumbuan rumpai.
Cara membiakkan azola
Pembiakan mudah azola. sumber : http://bibitazolla.com/bibit-azolla-untuk-pakan-ikan/





Tuesday, January 30, 2018

Tumbuhan penapis udara: Sirih puteri/money plant

Allah menjadikan alam ini lengkap dengan kepelbagaian flora dan faunanya. Udara dan alam  kini rosak dan tercemar  natijah perbuatan manusia yang melampau sebagaimana Firmannya dalam surah Al-Rum ayat 41:
Udara tercemar akibat dari banyak punca seperti asap kilang, asap kenderaan, sisa kimia dan yang paling dekat dengan kita ialah asap rokok. Sesuai dengan sikap manusia yang suka mencemar dan merosakkan ini Allah menjadikan sesetengah tumbuhan ini mempunyai nilainya yang tersendiri untuk menapis udara. Antara tumbuhan itu ialah sirih puteri atau lebih biasa kita kenali sebagai "money plant"

Nama tempatan ; Sirih puteri
Nama lain:  Money plant, devil's ivy,
Nama botaniEpipremnum aureum
KeluargaAraceae

Terdapat pelbagai jenis kultivar pokok ini yang terdapat dipasaran. Anatara yang ada dalam simpanan saya ialah



"Jade"


njoy


"Marble queen'


Bagaimana tumbuhan ini dapat menapis udara?

Ramai yang tak tahu udara di dalam kediaman kita rupanya lima kali lebih tercemar dari udara diluar. Selama ini kita menganggap udara di dalam rumah kurang tercemar dari diluar. Cara paling mudah dan tidak mahal untuk menapis udara di dalam rumah ialah dengan menyimpan tumbuh-tumbuhan yang telah dikenal pasti dapat menapis udara. Kalau rumah kita dicat menggunakan cat sintetik (kebanyakan cat adalah sintetik) atau ada permaidani, tumbuhan paling sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah. Ini kerana sirih puteri mempunyai  kecenderungan untuk menarik VOCs (Volatile organic compound) yang terdapat dalam udara rumah kita. VOCs ialah sejenis sebatian organik yang mudah bertukar menjadi habuk dan gas.

Nota: Jika ada anak kecil atau haiwan peliharaan dirumah , tempatkan sirih puteri ditempat yang tidak mudah dicapai kerana daun tumbuhan ini mengandungi toksid jika dimakan.

Beli sirih puteri di lazada :
jenis Jade 
jenis njoy
jenis marble queen/ white marble

Atau terus beli dari website kami www.melur.com 


Monday, January 29, 2018

Ekor kucing merah


Nama Tempatan: Pokok Ekor Kucing Merah
Nama Botani: Acalypha hispida
Nama Lain: Chenille plant, Philippine medusa, red hot cat's tail, fox's tail, Rabo de gato (Portugis), 
Keluarga: Euphorbiaceae
Sub-Keluarga: Acalyphinae
Genus : Acalypha



Penerangan:

Pokok hiasan ini ditanam kerana bunganya yang unik dan berwarna menarik. Ia berasal dari bahagian Asia tropika , iaitu di kawasan kepulauan Nusantara dan Papua. Biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan di halaman rumah , juga menjadi tumbuhan lanskap yang menarik untuk taman-taman awam. Ia boleh ditanam diluar rumah dan juga sesuai ditanam sebagai tumbuhan hiasan dalam rumah. Pada iklim yang sesuai seperti iklim khatulistiwa dan tropika, ia boleh mengeluarkan bunga sepanjang tahun.

Pokok ekor kucing boleh dibanyakkan dengan semaian biji benih dan keratan batang. Iklim yang paling sesuai iala iklim tropika.Pemangkasan dilakukan selalu untuk mendapatkan bentuk yang rimbun dan bunga yang banyak.

Sumber: FB Katalog Nurseri Malaysia

Saturday, January 20, 2018

Damiana- rumput berguna yang kita abaikan


Pelik pulak menyebut nama damiana pada tumbuhan yang selalunya kita panggil dengan nama pokok lidah kucing kuning  dengan nama komersialnya. Damiana merupakan nama panggilan kepada sejenis tumbuhan dari keluarga asteraceae. sebelum itu kita tengok dulu pokok-pokok lain yang seakan-akan sama dengan pokok damiana ini, malah berada dalam  genus yang sama cuma spesis sahaja berbeza.



Turnera ulmifolia "alba"

Di Malaysia pokok lidah kucing (turnera) dijumpai mempunya 3 jenis bunga, Paling senang dijumpai tumbuh liar yang bunganya berwarna putih dengan bahagia tengah berwarna hitam. nama saintifik bagi pokok ini ialah Turnera ulmifolia "alba". Banyak terdapat dipadang-padang yang tanahnya agak berpasir. Bunga ini ada kenangannya sendiri untuk saya. Baru sahaja 2 minggu menyambut hari jadi ke 12, saya masuk tingkatan satu dan telah memulakan kehidupan berjauhan dari ibu bapa di asrama. Petang-petang sewaktu game hours saya selalu berlari-lari memetik bunga-bunga ini yang banyak tumbuh subur dipinggir padang dan sengaja tidak dimesin mungkin kerana kecantikannya. Ia membantu saya menghilangkan homesick pada kampung halaman dan sawah bendang serta padang tempat bermain. Ini gambar bunga lidah kucing yang saya ceritakan itu. Ini sebahagian dari koleksi lidah kucing yang pernah saya tanam dengan banyaknya dihalaman rumah saya suatu ketika dahulu.

Tumbuhan ini seringkali disalahgunakan secara sengaja atau tidak sengaja sebagai damiana kerana ciri-ciri luaran yang hampir menyamai damiana. Ia juga dikenali dengan nama lain sebagai "False Damiana". walaupun ciri luarannya hampir sama kandungan kimia kedua-dua tumbuhan ini amat berbeza. Ciri lain yang membezakan 2 spesis ini ialah batang damiana dari jenis berkayu manakala lidah kucing mempunyai batang jenis lembut(herba). Lidah kucing kurang beraroma dari damiana.


Related image
Turnera subulata

Sejenis lagi yang biasa kita jumpai berbunga kuning dengan bahagian tengahnya berwarna hitam. Ia dikenali dengan nama saintifiknya Turnera subulata. Pinjam gambar encik google dulu sementara nak ambik gambar kat nurseri pagi nanti. Harap-harap ada yang kembang hari ni. Bunga yang ni juga dikenali dengan nama cuban buttercup. katanya banyak tumbuh di kebun-kebun kelapa sawit. Kalau ditempat saya tinggal sekarang ini, selalu juga jumpa tumbuh liar dalam rumput di padang-padang yang berpasir. Habitatnya sama dengan kemunting cina. Bunganya sama dengan lidah kucing berbunga putih cuma warnanya kuning terang.

Juga sering disalah anggap sebagai damiana.


Turnera diffusa 


Ini adala damiana yang sebenar. Jenis ketiga  ini agak kurang dijumpai tumbuh liar. Bunganya keseluruhannya berwarna kuning. Daunnya pula lebih  gelap berbanding dengan jenis lain. permukaan daun juga berkilat. Rupanya pokok ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan dikenali dengan nama komersialnya Damiana. Bunganya lebih kecil berbanding dengan bunga turnera jenis lain. Keseluruhan pokok ini diekstrak  untuk menghasilkan Damiana Essential Oil. Ia mempunyai kesan memenangkan sama seperti camomile.Juga bertindak sebagai afrodisiak. Ia digunakan dalam tradisi masyarakat Maya  di Mexico lama sebagai perangsang seks untuk lelaki dan wanita. 

Daunnya yang dikeringkan dijadikan  minuman sebagai teh(dipanggil tisane) atau dihisap seperti rokok. ekstraknya juga tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair. secara tradisinya ia digunakan oleh wanita asli di mexico sebagai campuran dalam arak(tequila) dan digunakan sebagai tonik untuk merangsang seks. Satu kajian klinikal yang dilakukan keatas 1000 lelaki di Amerika Syarikat dan Eropah mendapati ia meningkatkan tenaga seksual bagi lelaki. Sedikit info yang saya petik dari journal online di Sciencedirect:

"Furthermore, an animal-based study was conducted in an effort to validate the traditional use of the plant for sexual dysfunction and impotence. A group of researchers in Italy administered a hydroalcoholic extract from the leaves of T. diffusa to sexually potent and sexually inactive or impotent rats (Arletti et al., 1999). This intervention study demonstrated that the extract had no effect on sexually potent rats but did improve the copulatory performance of the sexually inactive or impotent rats and increased the percentage of rats achieving ejaculation (Arletti et al., 1999).

Overall, however, scientific evidence that supports damiana’s so-called aphrodisiac properties is lacking; these properties have not been demonstrated in humans. However, studies evaluating damiana’s efficacy in male rats has indicated an improved sexual function (Edwards et al., 2015), making this botanical worthy of further research to better understand its use as a potential remedy for sexual dysfunction in aging humans." (https://www.sciencedirect.com/topics/agricultural-and-biological-sciences/turnera-diffusa.)

Terjemahan:
satu kajian telah dilakukan terhadap haiwan untuk mengesahkan penggunaan tradisional damiana sebagai ubat untuk masalah seksual dan matipucuk. Sekumpulan pengkaji dari itali telah memberikan ekstrak daun T.diffusa kepada tikus normal dan tikus yang mati pucuk(Arletti et al., 1999). Kajian menunjukkan ekstrak itu tidak mendatangkan kesan keatas tikus normal tetapi meningkatkan keupayaan seksual pada tikus yang mati pucuk(Arletti et al., 1999).

Secara keseluruhannya , bukti saintifik yang menyokong damiana sebagai perangsang seksual masih kurang. Kajian tidak dilakukan keatas manusia lagi. Walaupbagaimanapun kajian menunjukkan peningkatan keupayaan seksual pada tikus jantan selepas diberikan ekstrak damiana(Edwards et al., 2015). Adalah berbaloi untuk kajian selanjutnya dilakukan untuk memahami kegunaan damiana sebagai ubat untuk meningkatkan fungsi seksual pada manusia yang meningkat usia"

Semua pokok turnera menjadi kegemaran serangga penghisap madu seperti lebah dan kelulut.



Sunday, January 14, 2018

Aerva Lanata- khasiat seindah nama

Ini antara pokok-pokok di alam melayu yang lebih dikenali dengan nama saintifiknya berbanding dengan nama vernakular (nama kampungnya).Pokok ini dari keluarga Amaranthaceae.Sekeluarga dengan bayam. Diluar negara ia dikenali dengan pelbagai nama , yang biasanya dalam bahasa inggeris ialah mountain knotgrass. Akarnya mempunyai bau yang seakan-akan bau kapur barus (camphor). Hmm kejap lagi boleh pergi korek akar untuk cek baunya. Saya suka pokok aerva lanata ni sebab struktur pokoknya yang cantik (pada pandangan mata saya). Pokoknya akan naik menegak dan meninggi kemudian ditumbuhi bunga-bunga pada ketiak daunnya.

Gambar ini pokok aerva latana yang disemai di nurseri saya www.melur.com. Di sini pokok ini dikenali dengan nama lain seperti pokok batu karang, pokok muntah kucing. Kalau kat India biasa diorang panggil pokok ni polpala. Popular dalam rawatan ayurveda,

Yang saya baru tahu rupa-rupanya di India bunganya yang dikeringkan (mempunyai bau kapur barus yang kuat) dijual secara komersial dan dikenali dengan nama buikallan atau boor. Menarik. Apa pula kegunaan bunga keringnya? Rupanya bunga ni termasuk dalam bahan-bahan dasapushpam ( 10 bunga suci di Kerala) . Air rebusan bunganya digunakan untuk merawat batu karang ( terutamanya di dalam perut). Air Rebusan akarnya pula digunakan untuk merawat kencing manis dan batu karang pada buah pinggang. Kisahnya....

banyak jugak kegunaan lain a.lanata ni. Antaranya  ia boleh menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan. Seluruh bahagian pokoknya , terutamanya bahagian daunnya boleh di makan. Rasa macam nak try buat ulam la pula pokok ni. tak pernah cuba lagi ni. Bukan sebagai makanan untuk manusia, pokok ni juga berfungsi sebagai makanan untuk lembu dan ayam. Tanaman ini sesuai ditanam dipadang ragut. Di india juga jus yang didapati dari akarnya yang tumbuk digunakan untuk merawat demam kuning (Jaundice). Tidak ketinggalan juga  pokok ini digunakan oleh bomoh untuk menghalau  hantu ( disclaimer : sekadar  untuk pengetahuan am)

Pokok ini senang membiak dari biji benih dan keratan batang.



Nak beli pokok ni? Lawati : http://www.melur.com/product/pokok-aerva-lanata/ 

Rujukan:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3510869/

Friday, January 12, 2018

Teh Moringa tambah stevia... sedapppp


Semenjak mengamalkan pengambilan teh stevia ketika menghadapi hari yang sibuk dan kurang sihat, memang banyak khasiat moringa yang dapat badan ini rasanya antaranya kurang penat, hilang lenguh badan dan semangat bekerja pun berkobar-kobar. Cuma minum moringa ni rasanya kurang nikmat dari minum teh biasa sebab takde rasa manisnya. Boleh saja nak tambah gula sebenarnya tapi rasa macam defy the purpose pulak bila masukkan gula ringkas dalam badan yang memang dah banyak gula ni.  Walaupun ada customer yang beli cakap sedap je minum teh moringa tanpa gula ni tapi ye la... taste I ni nak yang manis-manis saja.  Minggu lepas bereksperimen campurkan moringa dengan stevia. Rasanya memang manis dan sedap. 

Teringat pula hampir lebih dari 5 tahun lalu , ketika itu  diet atkins belum sangat  popular lagi. Masa habis menyusukan badan  baby bongsu selepas 3 tahun, badan mula naik. kesan bersalin secara caesarean dan pantang yang tidak teratur seperti 3 kelahiran lain sebelumnya. Walaupun masa tu yang naik cuma 3, 4 kg saja dari kebiasaan, berat sekitar 55 kg masa tu.adatla masa naik sikit-sikit ni kita mula ketakutan. Mula la mencari regim-regim diet untuk menyingkirkan kg kg yang naik tu.Hingga terjumpa diet atkins. Teruja sebab boleh turun dengan mendadak tanpa senaman (Haisshh..tak patut betul kan). Mula buat fasa induksi. Masuk hari ke 5, badan mula craving for sugar. Dah 5 hari tak makan apa2 yang berkarbohidrat dan bergula. Rasa bergetar seluruh badan , seriously. Hari tu saja ambik cuti dari kerja ,  sebab tengah siapkan thesis master, memang tak boleh nak fokus teringatkan air sirap, coklat , kek dan seangkatan dengannya dalam peti ais. Sampai tak tahan sangat berlari turun ke dapur, buka peti ais dan cari benda manis yang less sinful for atkins. jumpa sekotak kurma. bukan makan sikit hampir separuh kotak saya makan, sedapnya gula. Hari ke 5 berat dah turun 3 kilo lebih.. not badkan... tapi selepas makan kurma tu perut mula rasa lain macam dan end up saya muntah tak henti-henti hingga muntah kuning( dah kosong abis perut sampai jus perut pun keluar hihi). Itulah kali pertama dan terakhir saya diet atkins. Walaupun ada significant weight loss tapi tak sanggup rasanya saya menghadapai ketagihan nasi dan gula yang amat dahsyat... (Sounds pathetic kan...). kalaula saya ambik stevia masa tu pasti tidak sedahsyat itu kejadiannya.

So berbalik kepada moringa ni. Moringa ni ada kesan meningkatkan kadar metabolisme badan. Bagus untuk diamalkan oleh sesiapa yang berdiet juga. Tambahan stevia dalamnya dapat menampung keperluan badan kita terhadap gula jadi tak adala dalam otak kita asyik terbayang yang manis-manis sahaja.

Sekarang badan memang jauh lebih berat dari berat ketika diet atkins dulu. Tapi apa yang penting diumur-umur begini bukan lagi badan yang slim melim macam gitar, tetapi tenaga dan kesihatan yang baik. Supaya tidak terganggu aktiviti seharian dan amal ibadat dek keletihan sepanjang hari. Sesiapa yang rasa badan lenguh dan asyik letih tanpa sebab, mungkin boleh cuba teh moringa stevia ni. Kalau dah selalu penat atau letih tu kena paksa diri buat checkup juga supaya kita tahu apa yang badan kita cuba beritahu kita.
Moringa sendiri memang pokok yang banyak khasiatnya. semua bahagian dari pokok ni bermanafaat untuk manusia dan haiwan. Sumber protein yang datang dari moringa ini lengkap mencakupi semua 9 jenis asid amino. Dalam moringa sahaja ada 92 jenis vitamin dan 46 jenis antioksidan. Keupayaannya untuk membekalkan zat pada pada badan manusia terutamanya di negara-negara mundur menyebabkan WHO mengiktiraf pokok ini sebagai plant of life.

Di negara-negara benua Afrika di mana sumber protein utama dari haiwan telah berkurangan akibat aktiviti pemburuan haram moringa menjadi sumber protein gantian yang utama.

Biras saya yang berketurunan kadazan dusun  pula menjadikan biji moringa sebagai ubat gastrik. Biji moringa yang telah tua( kering) dikunyah-kunya 1 -3 biji sehari untuk meredakan gastrik.

Banyak sungguh khasiat moringa yang kita kadang-kadang tak nampak. Kadang-kadang di nurseri saya sendiri ada yang nampak pokok moringa atau lebih dikenali sebagai gemunggal di kelantan, sepontan akan berkata .."aikk pokok ni pun jual.."  Ramai yang masi memandang rendah pokok yang sudah terkenal serata dunia ini. Rugi rasaya khasiat yang banyak ini kita abaikan begitu sahaja.

Moringa yang telah saya campurkan dengan stevia ini diproses dalam bentuk uncang teh untuk menyenangkan penggunaannya. satu uncang bersamaan dengan 1 sudu teh penuh, sesuai untuk 1-2 kali penggunaan. Rendam uncang dalam air panas yang mendidih selama 1 hingga 3 minit. Angkat uncang dari cawan ( boleh disimpan untuk kegunaan sekali lagi). Teh moringa stevia ini sesuai dinikmati 2 kali sehari.